Sabtu, 20 Februari 2016

Perang Dunia Kedua

Perang Dunia Kedua tercetus pada 1939 - 1945. Faktor-faktor perang tercetus apabila German tidak puas hati dengan Perjanjian Versailles yang terbentuk selepas Perang Dunia Pertama dimana mereka kehilangan tanah jajahan,dipaksa untuk mengurangkan saiz tentera dan terpaksa membayar pampasan perang. Selain itu, perubahan politik dunia juga salah satu faktor tercetusnya perang tersebut. Perubahan politik secara drastik ini telah melibatkan negara - negara kuasa besar seperti German, Italy dan Russia. Adolf Hitler salah satu tentera Perang Dunia Pertama yang melibatkan diri dalam kancah politik dan telah berjaya menguasai German melalui partinya Nazi Party - National Socialist German Worker's Party (Parti Buruh German Sosialis Nasional). Hitler telah mengingkari Perjanjian Versailles dan telah membina angkatan tentera yang besar dan mula melakukan penjajahan di Eropah. Kekuatan angkatan tentera German telah dibentuk oleh Hitler bertujuan untuk mengalihkan rakyatnya daripada masalah ekonomi. Politik di Italy pula dikuasai oleh Benito Mussolini melalui partinya iaitu National Fascist Party (Parti Fasis Nasional) . Beliau juga melakukan penjajahan di Afrika Utara. Kelebihan Benito Mussolini dan Adolf Hitler ialah cara berpidato yang telah mempengaruhi rakyat ketika itu. 

Selasa, 25 Ogos 2015

Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Pertama tercetus pada 28 Julai 1914 - 11 November 1918. Faktor-faktor perang tercetus apabila pembentukan negara bangsa seperti kuasa-kuasa besar membentuk pakatan seperti Triple Alliance(Perikatan Kuasa Tengah) yang ditubuhkan pada 20 Mei 1882 dan Triple Entente(Pakatan Bertiga) pada 31 Ogos 1907 telah menimbulkan persaingan ekonomi,bahan mentah dan ingin membuktikan kekuasaan. Triple Alliance ini dianggotai oleh German, Hungary dan Italy manakala Triple Entente dianggotai oleh Britain, Perancis dan Russia. Jepun juga telah menyertai Triple Entente dengan menguasai laut bagi menyekat kuasa tentera laut German manakala Ottomon Empire(Turkey) turut terlibat dalam membantu Triple Alliance. Italy tidak melibatkan diri dalam perang 1914 dan telah menyertai Triple Entente dan mengisytiharkan perang terhadap Triple Alliance pada May 1915. Selain itu, pembunuhan Archduke Franz Ferdinand  ialah pewaris takhta Austria - Hungary dan isterinya telah dibunuh oleh pengganas Serbia pada 28 Jun 1914 yang telah menyebabkan Austria yang disokong oleh German mengisytiharkan perang terhadap Serbia. Perancis dan Russia menyokong dan membantu Serbia.

Sabtu, 11 Julai 2015

Konflik di Syria

Konflik di Syria telah menyaksikan bahawa kebangkitan rakyat menentang kezaliman pemerintah. Bantahan ini dilakukan oleh rakyat Syria serentak dengan kebangkitan di rantau timur tengah. Tujuan bantahan dilakukan adalah untuk mendesak Presiden Basyar Al-Asad berundur serta parti pemerintah (Parti Ba'ath) perlu membenarkan hak sama rata kepada rakyat dan kebebasan berpolitik seperti kebebasan akhbar, bersuara dan berhimpun. Bukan itu sahaja, kemerosotan hidup yang semakin mencengkam telah menyebabkan kerajaan semakin kurang mendapat sokongan rakyat.

Khamis, 9 Julai 2015

Bila Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja wujud di Malaysia?

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 diperkenalkan oleh kerajaan pada 25 Februari 1994. Akta ini diperkenalkan kerana terdapat sedikit kelemahan di dalam Akta Kilang dan Jentera 1967. Statistik kemalangan yang tinggi salah satu faktor penyumbang kepada akta ini diperkenalkan. Sebagai contoh, letupan kilang mercun Bright Sparkler di Sungai Buloh yang berlaku pada tahun 1991 yang mengakibatkan berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan terkorban. 


Peristiwa Highland Tower

Highland Tower merupakan kondominium, 12 tingkat yang mempunyai 3 blok terletak di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor. Tragedi runtuhan 1 daripada 3 blok kondominium ini berlaku pada 11 Disember 1993 yang telah meragut banyak nyawa. Perkara ini berlaku disebabkan


Konflik Korea Utara & Korea Selatan


Setelah berakhirnya Perang Dunia 2, muncul persaingan baru diantara Blok Barat(Amerika Syarikat) dan Blok Timur (Uni Soviet) yang dikenal sebagai Perang Dingin. Korea Selatan dan Korea Utara telah terlibat dalam Perang Dingin. Setelah Jepun menyerah kalah pada 10 Ogos 1945 apabila Perang Dunia ke-2 berakir, Korea telah dibahagikan kepada dua bahagian dimana selatan diberikan kepada Amerika Syarikat manakala utara diberikan kepada Uni Soviet. Pemisah antara kedua-dua negara berada di sekitar garis lintang 38. Pertelingkahan ideologi telah berlaku dimana ideologi Komunisme yang diterajui oleh Uni Soviet dan China menyuntik semangat Korea Utara manakala Korea Selatan yang mahukan ideologi demokrasi yang ditegakkan oleh Amerika Syarikat menjadi semakin parah. 

5 Sempadan Paling Bermasalah dan Bahaya di Dunia


1. KOREA UTARA - KOREA SELATAN

Konflik antara Korea Utara dan Korea Selatan berlaku bermula pada tahun 1950. Ingin tahu dengan lebih lanjut tentang kedua-dua negara ini dengan lebih menarik...saya akan kongsikan pada topik yang lain....:) sekarang ini saya nak bincang tentang 5 sempadan paling bermasalah dan bahaya di dunia. Wilayah perbatasan terletak di tengah-tengah dataran Korea. Nama bagi perbatasan tersebut ialah Korean Demilitarized Zone(DMZ). Panjang wilayah ini ialah 250KM dengan lebar hanya 4KM. Senang cerita kedua-dua negara ini masih dalam keadaan tegang sehingga sekarang.