Sabtu, 20 Februari 2016

Perang Dunia Kedua

Perang Dunia Kedua tercetus pada 1939 - 1945. Faktor-faktor perang tercetus apabila German tidak puas hati dengan Perjanjian Versailles yang terbentuk selepas Perang Dunia Pertama dimana mereka kehilangan tanah jajahan,dipaksa untuk mengurangkan saiz tentera dan terpaksa membayar pampasan perang. Selain itu, perubahan politik dunia juga salah satu faktor tercetusnya perang tersebut. Perubahan politik secara drastik ini telah melibatkan negara - negara kuasa besar seperti German, Italy dan Russia. Adolf Hitler salah satu tentera Perang Dunia Pertama yang melibatkan diri dalam kancah politik dan telah berjaya menguasai German melalui partinya Nazi Party - National Socialist German Worker's Party (Parti Buruh German Sosialis Nasional). Hitler telah mengingkari Perjanjian Versailles dan telah membina angkatan tentera yang besar dan mula melakukan penjajahan di Eropah. Kekuatan angkatan tentera German telah dibentuk oleh Hitler bertujuan untuk mengalihkan rakyatnya daripada masalah ekonomi. Politik di Italy pula dikuasai oleh Benito Mussolini melalui partinya iaitu National Fascist Party (Parti Fasis Nasional) . Beliau juga melakukan penjajahan di Afrika Utara. Kelebihan Benito Mussolini dan Adolf Hitler ialah cara berpidato yang telah mempengaruhi rakyat ketika itu. 

Seterusnya ialah perubahan politik di Russia dimana berlakunya perang saudara, Komunis telah berjaya mengalahkan pihak yang dibantu Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Jepun. Vladimir Lenin mengukuhkan ideologi komunis dan telah membentuk USSR - Union of Soviet Socialist Republics (Kesatuan Republik Sosialis Soviet) pada 1922 dan digantikan oleh Lenin pada 1924. Selain itu, Jepun menguasai Asia Timur dan Asia Tenggara kerana mendakwa mereka bertanggungjawab membebaskan asia daripada cengkaman barat. Masalah kemelesetan ekonomi 1929 di Amerika Syarikat telah merebak ke seluruh dunia dan tidak mampu menyediakan pinjaman untuk German. German tidak mampu membayar hutang. Kemunculan pakatan baru iaitu Allies(Kuasa Bersekutu) dianggotai oleh Amerika Syarikat, Britain,Perancis, dan Soviet Union manakala Axis Powers(Kuasa Paksi) dianggotai oleh German, Italy dan Jepun merupakan salah satu faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua.

Adolf Hitler sebelah kanan manakala Benito Mussolini sebelah kiri...
Perang tercetus apabila German menyerang Poland. German telah berjaya menawan hampir keseluruhan Eropah sehingga di perbatasan Stalingrad,Russia manakala di Asia Timur pula dikuasai oleh Jepun. Italy pula melakukan penguasaan di Afrika Utara dibantu oleh German. Jepun telah memberikan tamparan hebat kepada Barat apabila mereka telah melakukan serangan di Pearl Harbour, Hawaii pada 1941 dan telah memusnahkan angkatan perang Amerika Syarikat di Lautan Pasifik. 
Jepun melakukan serangan ke atas Asia Tenggara dan Timur
Parti Fasis makin lemah di Italy kerana dianggap gagal dan mengakibatkan banyak kerugian dan kemusnahan manakala Benito Mussolini ditahan dan dikenakan hukuman bunuh. Kawasan jajahan German juga semakin mengecil kerana menerima tekanan daripada Barat diketuai Amerika Syarikat dan Timur iaitu Uni Soviet. Akhirnya, German telah dikepung hingga ke Berlin dan Adolf Hitler pula telah membunuh diri(tapi ada orang kata lari ke Argentina or Indonesia tapi yang pasti dah mati lah kalo hidup pon apa boleh buat, kuasa dah takde). German telah menyerah kalah pada Mei 1945. Selepas itu, Kuasa bersekutu pula mengalihkan arah kepada Jepun di Asia. Amerika telah berjaya memenangi beberapa peperangan dengan Jepun seperti di Saipan. Amerika Syarikat telah mengambil keputusan untuk mengelakkan peperangan lebih lama dan kehilangan banyak nyawa dengan menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 Ogos 1945. Berakhirlah sudah Perang Dunia Kedua.

Kesan Perang Dunia Kedua

  1. Keruntuhan Imperialisme Barat dan kemerdekaan tanah jajahan daripada kuasa Eropah seperti Amerika Syarikat memerdekakan Filipina, Belanda melepaskan Indonesia manakala India dan Tanah Melayu dimerdekakan oleh Britain
  2. Jumlah korban dan kerosakan harta benda yang tinggi.
  3. Membentuk satu pakatan iaitu UN - United Nations (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) menggantikan Liga Bangsa.
  4. Terbentuknya Blok Dunia iaitu Blok Kapitalis dan Blok Komunis yang telah mencetuskan Perang Dingin.
  5. Kesannya iaitu German terbahagi kepada dua iaitu German Barat dan German Timur.
Salah satu bandar di Belanda yang mengalami kerosakan semasa petempuran di antara angkatan tentera German dan Kuasa Bersekutu....
Akhir kata, perang hanya membawa kepada kerosakan dan kemusnahan dari segi ekonomi dan sosial cuma di sini saya ingin tekankan iaitu Perang Dunia Kedua telah memberikan kesedaran kepada rakyat untuk merdeka dan berdikari. Walaupun sudah membentuk satu pakatan baru, masih gagal juga untuk menyekat sesetengah kuasa besar yang merosakkan negara yang lain. Fikir - fikirkan ......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan