Khamis, 9 Julai 2015

Bila Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja wujud di Malaysia?

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 diperkenalkan oleh kerajaan pada 25 Februari 1994. Akta ini diperkenalkan kerana terdapat sedikit kelemahan di dalam Akta Kilang dan Jentera 1967. Statistik kemalangan yang tinggi salah satu faktor penyumbang kepada akta ini diperkenalkan. Sebagai contoh, letupan kilang mercun Bright Sparkler di Sungai Buloh yang berlaku pada tahun 1991 yang mengakibatkan berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan terkorban. 






Letupan Kilang Bright Sparkler di Sungai Buloh

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja ini merupakan tanggungjawab majikan untuk mengambil berat tentang keselamatan para pekerja ketika bekerja dan juga orang lain yang turut berada di kawasan tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan