Perang Dunia Pertama tercetus pada 28 Julai 1914 - 11 November 1918. Faktor-faktor perang tercetus apabila pembentukan negara bangsa seperti kuasa-kuasa besar membentuk pakatan seperti Triple Alliance(Perikatan Kuasa Tengah) yang ditubuhkan pada 20 Mei 1882 dan Triple Entente(Pakatan Bertiga) pada 31 Ogos 1907 telah menimbulkan persaingan ekonomi,bahan mentah dan ingin membuktikan kekuasaan. Triple Alliance ini dianggotai oleh German, Hungary dan Italy manakala Triple Entente dianggotai oleh Britain, Perancis dan Russia. Jepun juga telah menyertai Triple Entente dengan menguasai laut bagi menyekat kuasa tentera laut German manakala Ottomon Empire(Turkey) turut terlibat dalam membantu Triple Alliance. Italy tidak melibatkan diri dalam perang 1914 dan telah menyertai Triple Entente dan mengisytiharkan perang terhadap Triple Alliance pada May 1915. Selain itu, pembunuhan Archduke Franz Ferdinand ialah pewaris takhta Austria - Hungary dan isterinya telah dibunuh oleh pengganas Serbia pada 28 Jun 1914 yang telah menyebabkan Austria yang disokong oleh German mengisytiharkan perang terhadap Serbia. Perancis dan Russia menyokong dan membantu Serbia.
![]() |
Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand oleh pengganas Serbia |
![]() |
Tentera German semasa Perang Dunia Pertama |
Kesan Perang Dunia Pertama
- Perjanjian Versailles (1919) telah dibuat. Isi kandungan perjanjian berkaitan dengan German harus bertanggungjawab penuh di atas peperangan yang berlaku iaitu membayar pampasan perang, penyerahan sebahagian wilayah German dan mengurangkan saiz tentera dimana untuk menyekat German daripada melakukan peperangan semula.
- Penubuhan Liga Bangsa (League of Nations) 1919 iaitu menggalakkan keamanan, kerjasama antarabangsa dan menjamin keselamatan bersama. Liga ini gagal menjamin kesejahteraan dunia kerana pecerobohan Perancis di Ruhr,German pada 1923 dan pecerobohan Jepun di Manchuria pada 1931. Perang Dunia Kedua juga menunjukkan kegagalan Liga Bangsa dalam menjaga keamanan secara menyeluruh. Liga Bangsa telah diganti oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(United Nations) selepas Perang Dunia Kedua.
- Negara - negara yang berperang mengalamai inflasi, pengangguran dan hutang yang sangat tinggi. Britain telah hilang satu pertiga perdagangan luar.
- Pasaran dunia diambil alih oleh Amerika Syrikat dan Jepun.
- Jumlah kematian dan kerosakan harta benda sangat tinggi.
- Rakyat dan tentera mengalami kecacatan selepas perang senjata kimia digunakan sewaktu perang dunia pertama tercetus.
Akhir kata, perang hanya membawa kepada kerosakan dan kemusnahan dari segi ekonomi dan sosial. Bukan itu sahaja, Politik juga mengalami kesan seperti pemerintahan beraja di sesetengah Eropah telah tamat dan diganti oleh golongan rakyat. Perang mesti meninggalkan kesan yang mendalam kepada sesebuah negara itu untuk bangkit dan menuntut hak selepas perang tamat seperti Adolf Hitler yang telah membakar api kemarahan rakyat terhadap perjanjian Versailles lalu mengakibatkan Perang Dunia Kedua tercetus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan