Khamis, 9 Julai 2015

5 Sempadan Paling Bermasalah dan Bahaya di Dunia


1. KOREA UTARA - KOREA SELATAN

Konflik antara Korea Utara dan Korea Selatan berlaku bermula pada tahun 1950. Ingin tahu dengan lebih lanjut tentang kedua-dua negara ini dengan lebih menarik...saya akan kongsikan pada topik yang lain....:) sekarang ini saya nak bincang tentang 5 sempadan paling bermasalah dan bahaya di dunia. Wilayah perbatasan terletak di tengah-tengah dataran Korea. Nama bagi perbatasan tersebut ialah Korean Demilitarized Zone(DMZ). Panjang wilayah ini ialah 250KM dengan lebar hanya 4KM. Senang cerita kedua-dua negara ini masih dalam keadaan tegang sehingga sekarang.


             









             

                   Gambar pemeriksaan dan pengawalan yang dilakukan oleh tentera Korea Selatan

Rasuk konkrit menjadi sempadan antara Korea Utara dan Korea Selatan

Kabin berwarna biru digunakan sebagai bilik perbincangan dan rundingan antara kedua-dua negara termasuk United Nation Command(UNC)...kawasan ini merupakan Joint Security Area dimana kedua-dua negara bersemuka...face-to-face


Ini merupakan salah satu jalan perhubungan bagi kedua-dua negara


tentera Korea Utara

2. MEXICO-AMERIKA SYARIKAT

Perbatasan kedua-dua negara ini bukannya konflik kerana negara dengan negara. Sebenarnya ia menjadi salah satu sempadan yang berbahaya kerana terkenal dengan perang dadah(Drug War) dimana pihak berkuasa US berperang dengan Kartel Dadah Mexico. Selain itu,pemerdagangan manusia dari Mexico ke Amerika Syarikat secara haram juga turut berlaku. Pihak berkuasa Mexico juga turut bertungkus-lumus menangani isu ini.




perbatasan ini bukan sahaja melihat pertempuran antara pihak berkuasa US dan kartel dadah Mexico malah ia membunuh ratusan orang kerana kehausan...


3. PAKISTAN - INDIA

Kedua-dua negara ini memang sudah lama mengalami konflik sejak dahulu lagi. Peperangan yang terlibat bagi kedua-dua negara ini ialah perang Indo-Pakistan pada tahun 1947 yang tercetus berpunca daripada perebutan wilayah besar Kashmir dan Jammu. Dua wilayah ini majoritinya Muslim tetapi dipimpin oleh pemimpin Hindu. Ini merupakan peperangan yang pertama daripada siri peperangan selepas pemisahan India dan Pakistan. Tiga siri peperangan lagi hanya melibatkan tuntutan Kashmir sahaja. Wilayah Kashmir merupakan kawasan yang sangat konflik bagi kedua-dua negara. Kedua-dua negara ini walaupun sentiasa berada dalam keadaan tegang tetapi masih terdapat upacara yang sangat menarik di bahagian pintu sempadan sehingga ramai pengunjung akan mengunjungi kawasan tersebut.


Pengawalan dan Pemeriksaan yang ketat dijalankan




Ini merupakan upacara penutupan pintu masuk antara India dan Pakistan. Tentera bagi kedua-dua negara memakai uniform tradisi. Upacara ini di Wargar Border, Punjab.


4. BANGLADESH-INDIA

Sempadan ini bukan melibatkan peperangan mahupun konflik bagi kedua-dua negara. Perbatasan ini menjadi salah satu sempadan bermasalah dan berbahaya kerana disebabkan peraturan yang ditetapkan oleh petugas perbatasan India Border Security Force(BSF) iaitu "shoot-to-kill". Perbatasan ini menjadi salah satu ladang pembunuhan terbesar di Asia Selatan kerana beribu-ribu orang Bangladesh dibunuh oleh BSF. Memang tiada penangkapan dilakukan...terus sapu jea...







5.COLOMBIA-ECUADOR

Perbatasan ini juga bukan konflik antara negara tetapi cenderung kepada campur tangan pemberontak Revolutionary Armed Forces of Colombia(FARC) yang bertempat di salah satu wilayah colombia berdekatan dengan sempadan. Pemberontak ini juga menghasilkan dan membantu jualan dadah terlarang. Pemberontak ini juga menguasai kawasan perbatasan dengan mengangkat senjata menentang pihak berkuasa Colombia dan Ecuador yang cuba menghalang mereka. Mereka mempunyai ideologi dan agenda tersendiri untuk menguasai kawasan perbatasan.




Gambar pihak berkuasa Ecuador melakukan rondaan di perbatasan bertujuan menyekat kemasukan barang telarang di kawasan perbatasan


Pemberontak (FARC)


Sebenarnya, banyak lagi sempadan yang bermasalah dan bahaya seperti China-Korea Utara, Pakistan-Afganistan dan lain-lain. Saya cuma senaraikan yang sebilangan kecil sahaja....Lagipun sebenarnya negara kita pun mempunyai isu yang tersendiri dalam isu sempadan dan perairan antara negara-negara lain tetapi tidaklah konflik sangat seperti yang saya senaraikan di atas yang mana kita lihat banyak pertumpahan darah daripada dulu sehingga sekarang....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan