Khamis, 9 Julai 2015

Konflik Korea Utara & Korea Selatan


Setelah berakhirnya Perang Dunia 2, muncul persaingan baru diantara Blok Barat(Amerika Syarikat) dan Blok Timur (Uni Soviet) yang dikenal sebagai Perang Dingin. Korea Selatan dan Korea Utara telah terlibat dalam Perang Dingin. Setelah Jepun menyerah kalah pada 10 Ogos 1945 apabila Perang Dunia ke-2 berakir, Korea telah dibahagikan kepada dua bahagian dimana selatan diberikan kepada Amerika Syarikat manakala utara diberikan kepada Uni Soviet. Pemisah antara kedua-dua negara berada di sekitar garis lintang 38. Pertelingkahan ideologi telah berlaku dimana ideologi Komunisme yang diterajui oleh Uni Soviet dan China menyuntik semangat Korea Utara manakala Korea Selatan yang mahukan ideologi demokrasi yang ditegakkan oleh Amerika Syarikat menjadi semakin parah. 


Tentera Korea Utara melakukan penaklukan ke atas Korea Selatan

Pertelingkahan ini telah berpanjangan sehingga tercetusnya Perang Korea telah berlaku pada tanggal 25 Jun 1950 di mana Korea Utara yang melancarkan serangan dahulu ke atas Korea Selatan. Pasukan Korea Utara menduduki Seoul pada hari ketiga perang dan melancarkan serangan ke arah selatan. Dua hari kemudian, pasukan Amerika Syarikat telah memberikan bantuan ketenteraan kepada tentera Korea Selatan dibantu oleh Petubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Korea Selatan melancarkan serangan balas dengan menduduki sebahagian besar wilayah semenanjung Korea.

Garis Lintang 38

Pyongyang yang merupakan ibu negara Korea Utara juga telah berjaya ditawan oleh Korea Selatan. Korea Utara telah berundur ke arah utara sehingga China memberikan bantuan ketenteraan yang besar kepada sekutunya sehingga Korea Selatan dan PBB terpaksa berundur. Kedua-dua negara telah bertahan di sepanjang garis lintang 38. Konflik tamat selepas gencatan senjata pada 27 Julai 1953. Jumlah korban perang mencecah sehingga jutaan manusia. Kesimpulannya, konflik Korea Utara dan Korea Selatan  belum pernah berakhir seperti berlakunya provokasi oleh kedua-dua pihak sehingga kini disebabkan perbezaan fahaman.

 Gencatan Senjata dilakukan

Rakyat yang menjadi mangsa perang











Tiada ulasan:

Catat Ulasan