Konflik di Syria telah menyaksikan bahawa kebangkitan rakyat menentang kezaliman pemerintah. Bantahan ini dilakukan oleh rakyat Syria serentak dengan kebangkitan di rantau timur tengah. Tujuan bantahan dilakukan adalah untuk mendesak Presiden Basyar Al-Asad berundur serta parti pemerintah (Parti Ba'ath) perlu membenarkan hak sama rata kepada rakyat dan kebebasan berpolitik seperti kebebasan akhbar, bersuara dan berhimpun. Bukan itu sahaja, kemerosotan hidup yang semakin mencengkam telah menyebabkan kerajaan semakin kurang mendapat sokongan rakyat.
Bantahan tersebut bertukar kepada kebangkitan rakyat disebabkan Basyar Al-Asad menggunakan kekerasan dengan mengerahkan pasukan keselamatan dan tentera menangkap dan menyeksa rakyat yang terlibat dalam demonstrasi jalanan. Ini merupakan kronologi konflik di Syria:-
1971 - Hafez Al-Asad, seorang Syiah Nusairiyah yang memulakan pemerintahannya pada tahun itu. Beliau memerintah selama 29 tahun secara diktator.
1982 - Konflik berdarah di Hama yang berlaku selama 27 hari yang telah mengorbankan ribuan nyawa.
2000 - Basyar Al-Asad menggantikan ayahnya Hafez Al-Asad.
2011 - Rakyat bangkit menentang kezaliman rejim Asad dengan berlakunya revolusi di Hama. Selepas itu, revolusi ini merebak ke bandar-bandar lain seperti Hauran, Allepo dan lain-lain. Revolusi tersebut telah menyaksikan dimana ribuan rakyat terbunuh.Bukan itu sahaja, Wanita dan kanak-kanak juga menjadi mangsa. Kejadian itu telah membakar semangat rakyat untuk menentang rejim Asad dengan senjata.
2013 - Campur tangan Hizbullah dan Iran dalam konflik yang berlaku di Syria telah mengubah corak revolusi rakyat kepada perang Sunni - Syiah.
Bantahan rakyat Syria secara aman terhadap pemerintah
Rakyat dan tentera yang telah berpaling tadah telah bersatu dalam membentuk satu pasukan perang dan bersatu di bawah panji Tentera Pembebasan Syria(FSA). Serangan yang dilakukan sangat tersusun sehingga dapat menawan sebahagian besar bandar-bandar di Syria seperti Allepo,Homs dan lain-lain. Peperangan ini telah melibatkan militan Al-Qaeda yang memasuki negara Syria untuk sama-sama membantu menjatuhkan rejim Asad. Walaubagaimanapun, terdapat juga militan lain yang berpecah daripada Al-Qaeda iaitu dikenali sebagai Daesh atau ISIS(Islamic State of Iraq and ash-Sham) yang dipimpin oleh Abu Bakar Al-Baghdadi. Terdapatnya pecahan-pecahan militan ini yang mempunyai agenda tersendiri telah mengakibatkan pertembungan sesama sendiri. Iran dan Lebanon juga turut masuk campur urusan di Syria dengan membantu rejim Asad. Iran mempunyai sebab dan alasannya yang tersendiri. Bagi pendapat saya, Iran membantu Syria disebabkan isu perang akidah dimana beliau cuba mempertahankan Basyar Al-Asad yang berfahaman Syiah. Kekotoran Iran semakin jelas dimana ia juga membantu Syiah di Yemen menentang pemerintah dan menganggap ia merupakan satu revolusi. Iran juga mengutuk sekeras-kerasnya Arab Saudi yang telah campur tangan isu pergolakan di Yemen. Perkara di atas jelas bahawa Iran bukan memperjuangkan revolusi tapi mempertahankan akidah. Sekiranya Iran ingin menganggap Yemen merupakan satu revolusi maka ia juga seharusnya tidak masuk campur urusan di Syria.
![]() |
Rakyat Syria yang bangkit menentang Pemerintah |
Semoga info ini sedikit sebanyak membantu kita mengetahui konflik di Syria berlaku sehingga kini. Peranan kita sebagai seorang muslim dan mempunyai sifat berperikemanusiaan seharusnya mendoakan saudara kita di Syria dan menghulurkan bantuan kepada mereka.
salam, boleh saya tahu dari mana saudara membuat rujukan?
BalasPadamyoutube,fb, blog n majalah....sy rungkai apea yg sy tahu jea la...hehehe...kalau rasea salah maklumat saya...x perlu amik....sbb sy pon x update yg baru punyea maklumat....
Padam