Perang Dunia Kedua tercetus pada 1939 - 1945. Faktor-faktor perang tercetus apabila German tidak puas hati dengan Perjanjian Versailles yang terbentuk selepas Perang Dunia Pertama dimana mereka kehilangan tanah jajahan,dipaksa untuk mengurangkan saiz tentera dan terpaksa membayar pampasan perang. Selain itu, perubahan politik dunia juga salah satu faktor tercetusnya perang tersebut. Perubahan politik secara drastik ini telah melibatkan negara - negara kuasa besar seperti German, Italy dan Russia. Adolf Hitler salah satu tentera Perang Dunia Pertama yang melibatkan diri dalam kancah politik dan telah berjaya menguasai German melalui partinya Nazi Party - National Socialist German Worker's Party (Parti Buruh German Sosialis Nasional). Hitler telah mengingkari Perjanjian Versailles dan telah membina angkatan tentera yang besar dan mula melakukan penjajahan di Eropah. Kekuatan angkatan tentera German telah dibentuk oleh Hitler bertujuan untuk mengalihkan rakyatnya daripada masalah ekonomi. Politik di Italy pula dikuasai oleh Benito Mussolini melalui partinya iaitu National Fascist Party (Parti Fasis Nasional) . Beliau juga melakukan penjajahan di Afrika Utara. Kelebihan Benito Mussolini dan Adolf Hitler ialah cara berpidato yang telah mempengaruhi rakyat ketika itu.