Perang Dunia Pertama tercetus pada 28 Julai 1914 - 11 November 1918. Faktor-faktor perang tercetus apabila pembentukan negara bangsa seperti kuasa-kuasa besar membentuk pakatan seperti Triple Alliance(Perikatan Kuasa Tengah) yang ditubuhkan pada 20 Mei 1882 dan Triple Entente(Pakatan Bertiga) pada 31 Ogos 1907 telah menimbulkan persaingan ekonomi,bahan mentah dan ingin membuktikan kekuasaan. Triple Alliance ini dianggotai oleh German, Hungary dan Italy manakala Triple Entente dianggotai oleh Britain, Perancis dan Russia. Jepun juga telah menyertai Triple Entente dengan menguasai laut bagi menyekat kuasa tentera laut German manakala Ottomon Empire(Turkey) turut terlibat dalam membantu Triple Alliance. Italy tidak melibatkan diri dalam perang 1914 dan telah menyertai Triple Entente dan mengisytiharkan perang terhadap Triple Alliance pada May 1915. Selain itu, pembunuhan Archduke Franz Ferdinand ialah pewaris takhta Austria - Hungary dan isterinya telah dibunuh oleh pengganas Serbia pada 28 Jun 1914 yang telah menyebabkan Austria yang disokong oleh German mengisytiharkan perang terhadap Serbia. Perancis dan Russia menyokong dan membantu Serbia.